Posts

Latest

Perempuan SULUNG.

Kalau kata tengokkan tajuk tu, YES, aku sulung. Kakak sulung dan satu-satunya anak perempuan dalam famili mama abah aku. Aku ada 3 adik lelaki. So, aku ni sebenarnya tak ada la sifat-sifat lembut seorang perempuan. Yang pasti hati aku ja lembut. Macam tisu. Kadang tengok kartun pun aku boleh nangis teresak-esak.  Aku dah kahwin.  Aku kahwin dengan lelaki bongsu.  Dilema hidup aku ni berat juga. Antara berbakti dengan orang tua dan taat dengan suami. Aku duduk jauh. Aku kalau belum kahwin lagi ni mau aku balik duduk dengan mama abah aku. Aku memang willing nak jaga.  Tapi aku ada suami yang perlu aku taat. Kalau kata sekali sekala suami aku memang akan lepaskan ja aku pergi jaga mama abah. Tak ada masalah. Kami memang boleh tolerate. Tolak ansur, kerjasama, sayang each other. Kadang cara aku tu buat dia rasa terabai. Padahal tak ada terlintas langsung aku nak abaikan dia. Aku cuma sayang sangat dengan mama abah aku.  Abah aku baik. Itu untuk aku yang memang HERO ...

Fav Marrybrown!

 Dah kenapa? Sebenarnya dah lama la tak makan Marrybrown ni. Lama gila. Tapi balik Perlis (kampung husband) order Panda je. Habis penuh semua restoran & tempat makan kat Perlis tu. That's why la kami order Marryborwn ja. Konon cepat lah. Rupanya Marrybrown pun ramai orang so order kami ni lambat la sampaii. Order pukul 8 tapi sampai pukul 10. Nampak tak? Ramai la rakyat Malaysia pergi ke Perlis weekend tu. Order Fish n Chips and Bubur. Lapar punya pasal sekejap ja licin. Jatuh cinta terus dengan Fish n Chips Marrybrown. Itulah repeat lagi.  Semalam, aku pun beli lagi Marrybrown. Tak lama lepas tu husband pulak balik bawa Marrybrown jugak.  Dah. Sudah!!!  Double order oiii...  Nah! Seminggu kot oii nak perabis ayam goreng & Fish n Chips nih. Ayam saja dah 14 ketul. 4 set Fish n Chips. ahahahahha.. Lepas ni mau berbulan-bulan pulak avoid makan. Manakan tidak seminggu menghadapnya.. oh! Yang macam best untuk kami laki bini ni, kitorang macam ada psikik bole...

Sehijau Warna Daun

Image
 Orang kata HIJAU tumbuh-tunbuhan ni pun salah satu  terapi. Dan sebab itulah sedang kita ada dalam situasi PKP/MCO ni aku dengan jayanya telah terjumpa dengan satu shop dekat shoppee yang jual pokok².  Setakat yang aku tengah bercerita ni dah 5 kali dah aku beli. Boleh nampak kan dari gambar yang pokok aku beli ni memang cantik kejadiannya. Diposkan dan selamat sampai ke aku tanpa ada cacat cela or tunggang terbalik kejadiannya.  Korang boleh check dekat shoppee.  https://shopee.com.my/87shikin?smtt=0.0.9  Ni link aku share. Dan korang boleh check dekat review orang lain yang dah beli. Memang ramai puas hati.  Aku nanti nak buat rumah aku penuh dengan pokok². Tumbuhan. Sebagai terapi diri dan juga for the good of environment. Nanti nanti aku akan share lagi pasal pokok aku yang ada kat rumah ni. 

Kembali Lagi.

Sekali Lagi..  Setelah sekian lama aku tak update. Tenggelam dek kerana kesibukan kerja dah hidup.  Last posting aku tahun 2015. Sekarang dah tahun 2021 dan dah nak 2 tahun lebih rasanya satu dunia dalam pandemik Covid-19 ni.  Dalam situasi pandemik yang memang dalam control movement ni yang perlu extra careful nak kemana sahaja, aku jadi lebih out of control dengan badan and minda aku. Minda penat, badan lagi lah.  Dengan segala benda yang berlaku ni aku rasa aku dah boleh mula balik dengan cara meluahkan dalam blog ni. Kehidupan perlu diteruskan walau dah burned out dengan pelbagai kerenah manusia dalam dunia ni.  Semoga kita semua bertabah lah dengan hari-hari mendatang. Aku doakan kita semua dalam lindungan Tuhan. Berharap agar pandemik yang JAHAT ni pergi jauh-jauh dan tak kembali lagi. 

Malam ahad

Sayu hatii.. Aku ja tahu suma ni. Aku bukan jenis yang mencanang ke sluruh pelosok negeri.. Yang aku tahu.. Allah lagi Maha Tahu.. Selamat malam.

Sentap

Dunia dan teknologi. Pisah? Mana mungkin Teknologi punca Punca sentapi. Bila dua Sorang Baik sorang ja!!

Dingin malam

Okay. Kalau malam pekat Gelap Kelam Sunyi... Tempias. Racik. Rintik. Titik. Titis. Hujan jengah lagi.. Hawa dingin angin Bawa semua sejukkan aku. Kerna malam pekat Hujan lebat. Aku sepi.