Sunday, February 22, 2015

Malam ahad

Sayu hatii..
Aku ja tahu suma ni. Aku bukan jenis yang mencanang ke sluruh pelosok negeri..
Yang aku tahu.. Allah lagi Maha Tahu..
Selamat malam.

Wednesday, August 20, 2014

Sentap

Dunia dan teknologi.
Pisah?
Mana mungkin
Teknologi punca
Punca sentapi.
Bila dua
Sorang
Baik sorang ja!!

Dingin malam

Okay.
Kalau malam pekat
Gelap
Kelam
Sunyi...
Tempias. Racik. Rintik. Titik. Titis.
Hujan jengah lagi..
Hawa dingin angin
Bawa semua sejukkan aku.
Kerna malam pekat
Hujan lebat.
Aku sepi.

Tuesday, February 25, 2014

Kerja dan kerja lagi..

Ini kerja meja aku. Meja kerja aku. 

Berlonggok kerja memandangkan aku sorang ja yang dok menghandle bahagian technical n so on ni.. Tape. Pengalaman itu pengetahuan. Pengetahuan meluas melalui pengalaman. Memang perit pedih bila kerja sorang2. Tade la sorang kat office. Maksud aku bahagian kerja. Melihat kepada kepandaian aku, memang lah sangat kurang kebijaksanaan dalam membahagi masa. 

Babe! Tangan aku ada dua ja. Otak aku ada satu. Itu pon dua belah beza2. Agak2 la.. 

Aku anggap ini ujian aku kat dunia. 
Besok ada meeting. Mari lah berkerja dengan kuat. Hoyeaahhhh!!

Kembara majlis perkahwinan

Hari minggu lalu.. Balik ipoh. Niat nak pergi kenduri member yang mengundang aku . Erlina & Fareez.
Itu kembara aku yang sudah lama tak lalu singgah2 ke perak tengah dan merupakan kembara pertama hubby aku ke area tuh..
Dengan khidmat waze, kami pon memulakan journey untuk hari itu. Destination locked! TELUK INTAN.
Yey! Sampai. Makan kenduri. Ucap selamat. Doa serba lengkap. Peluk cium. Bersalam bagai. Snap dua tiga puloh picture. Hahaha.. Baru lah kami lakibini angkat kaki untuk pulang.
Destinasi yang dah berkira kira tadi adalah berjalan membawa incik hubby melihat landmark di area yang berkenaan. Oh yes! Menara Condong. Eifel Tower yang ada kat Malaysia. Pusing2. Snap situ. Snap sini. Panjat tangga lama. Perhati foto lama yang gantung sana yang gantung sini. Fahamkan sejarah. Kami pon bergerak. Ke arah destinasi yang lain.
Bersambung....

Kaki aku n incik hubby. Inai ada lagikk uolsss.hehe..
Ni pasangan pengantin elina n fareez. Member sekelas universiti aku elina. Sekarang dah jadi Puan dah.
Sejarah dekat batu.

Tuesday, February 04, 2014

buah oren

good day semua..

aku buat welcome back untuk diri sendiri.. 
gila berhabuk bersawang blog nih. lama gila kena tinggal. mana taknya dengan kerja dan pelbagai event di dalam hidup aku. 
aku ni nak share sikit sempena chinese new year yang berleluasa sekarang ni, aku isytiharkan kali ni saja aku dapat 3 buah kotak buah oren.. huwawawa... boleh buat jus mandi! 

sempena dengan tahun baru raya cina ni, pelbagai event dah jadi. untuk pertama kali setelah 2 bulan bergelar sebagai seorang isteri, aku dapat bercuti dengan suami aku untuk banyak hari (4 hari jek). okeyla daripada takde kan. itu pon kitorang pi KL  sebab nak tengok DORAEMON. sila lihat entryy seterusnya untuk kegilaan kami.

main thing untuk dia bercuti2 itu adalah kerana hubby aku ni telah membeli ekzos yang baru untuk menambah cantikkan motosikal beliau.. Motosikal beliau takdelah super supaya boleh digelar superbike. hanya sebuah bike berjenama FZ. setelah hubby dapat memegang ekzos berkenaan dimana sesudah selesai nya transaksi matawang ringgit Malaysia, terserlah lah cahaya kegumbiraan beliau.. hahaha.. (macam budak2 dapat cekelat). itu kejadian di sabtu malam. aku pulak dengan jayanya berjaya mengajak ke uptown Shah ALam. memborong aneka pin dan tudung.

Ahad pagi, berangkat untuk ke VIVAHOME. kan DORAEMON tengah tunggu dekat sana. kitorang laki bini memang gini. itu la jadinya apabila your BESTFRIEND is your HUBBY.. kitorang gi ngan kawan hubby aku.. kitorang lakibini memang excited gila. sesungguhnya kuciwa apabila masuk ke dalam expo itu.. ingatkan ada la DORAEMON yang bergerak2 pusing2 ke, alat2 yang reka tuh boleh hold dan main2 even bukan macam sebijik dalam kartun tuh. sungguh hampa. kalau korang semua nak tahu, kan time pergi tu chinese new year yang ke-3 hari, amatlah ramai nya geng2 mereka di expo itu. aku n hubby memang heran seheran herannya..."depa ni tak raya ka?? kita kalau raya mesti habis suma rumah sedara, sahabat handai yang kita ronda.. " gila lah ramai.

yang best sikit aku rasa la di expo yang berkenaan, aku dapat makan DORAYAKI. seumur hidup tak pernah makan DORAYAKI okeyh.. bila dah excited membeli, mesti la excited nak makan rasa DORAYAKI tuh.. snap pic sikit sebelum makan. konon jadi bukti dah makan. ada muka DORAEMON depan DORAYAKI tuh. first bite untuk makanan kesukaan kegilaan DORAEMON tuh aku terus cakap kat hubby aku "apalah yang sedap sangat DORAYAKI ni sampai jadi favourite gila2 DORAEMON tuh.. bese jek pon rasa macam makan pancake..." hahhaha.. memang tau itu pancake tapi ingatkan dia punya rasa tuh sampai nampak pelangi kat depan mata.. sekali rasa memang rasa macam mak2 yang dok selalu buat tu.. terus rasa hampa.. tapi tape, aku move on ke cappucino. atas tu dorang buat corak muka DORAEMON. snap pic lu!  then terus letak sugar, kacau~~ hirup2.. shhruupp.. shhhrrruupp... OMG!!! apala cappucino.. tak sedap langsung. baik tayah juaii.. beberapa hirup ja, ak sua kat hubby aku suh die yang habiskan.. rugi2.

untuk aku dan hubby aku, expo ini adalah sangat biasa sebiasa biasanya.. not worth for money.. tiket RM25 hanya untuk lihat patung2 berdiri dengan pose tertentu, dengan backdrop yang macam dalam kartun tuh. itu pendapat aku dan hubby aku la..

p/s: mengimabau kenangan masa kanak2 dahulu..