Thursday, July 02, 2009

tulisan aku kala 4 am....

sekali lagi..
dalam meniti hari-hari mendatang..
usia meningkat tanpa sedar..
perubahan..
berubah-ubah sesuatu itu dalam masa..
masa yang menjadi pemboleh ubahnya..
pemboleh ubah..
manipulasi, bergerak balas mahupun malar..
itu dalam kamus sains..
bagi kamus kehidupan..
masa mampu merubah sesuatu dalam sekelip mata..

tanpa sedar..
masa mendahului kita..
pergi berlalu..
aku kala ini mampu mengingati masa..
mengingat masa..

terpinggir aku diruang tepi yang gelap..
mencari sesuatu dalam diri..
diri membisu sedangkan hati berfikir..
emosi bertarung dengan minda..
aku masih lagi aku tika masa berlalu..
masa hanya mampu mematang kan aku..
ya.. usia meningkat dengan masa..

mendiam kan diri adalah lebih baik dari melontar kan bait-bait kata yang mampu meruntuhkan satu hubungan..
namun..
sampai bila mendiam kan diri itu mampu..
mampu membantu..
mampu merungkai perselisihan yang berlaku...
mendiam kan diri adalah ibarat sebuah bom jangka..
mampu meletup dalam keadaan yang tidak di jangka..
letupan yang menghancurkan jiwa..
melukai sang hati..
meranapkan emosi..
tika itu berlaku, sang akal pon tidak mampu membantu..
hanya mampu melihat kemusnahan yang telah berlaku..
meratapi perginya masa..
alangkah bagus kalau masa boleh dihentikan..
tapi..
itu hanya permintaan dari sudut keecil sang hati..
akal mula menidakkan secara fitrah alam..
masa mana mungkin di undurkan..
akhirnya..
jiwa kecewa.. memakan diri..
lahir sebuah diri dalam emosi..

2 comments:

  1. apakah yg kamu lakukan di kala 4am sehingga x tidur? aku tau..dasat2..huhuhu

    ReplyDelete