salah ke?

lagi aku mula berangan..
angan kan satu kehidupan..
aku mahu hidup macam puteri kisah dongeng..
aku mahu jadi kaya..
aku mahu hidup bebas tanpa sekatan..
aku mahu terbang di awan bersama burung..
lintas awan gemawan.
dari puncak gunung perhati lembah penuh dengan keindahan tuhan..
aku masih dalam bilik gelap aku..
berangan tentang aku.
mungkin aku tamak dalam anganan ku..
tapi ini saja yang aku mampu.

dalam angan aku..
aku mahu miliki sahabat..
mahu miliki baju cantik2..
mahu aku jadi cantik..
angan ku..

kalau 21 tahun itu usia kebebasan..
tidak bagi aku yang kini 22 tahun.
masih lagi belum bebas.
terbatas~!
tertekan terkadang..
tapi..
aku hanya mampu berangan untukterbang bebas.
bebas bukan bermakna untuk lepas terus.
tapi sedikit ruang bagi aku..

oleh itu,
hanya angan saja aku mampu..
sendiri dalam kamar gelap..
aku mula lakar kan angan ku..
indah penuh warna..
merdu dengan pelbagai irama..

adakah salah untuk aku mencipta anganan ku??
perlu aku minta izin dengan kamu?
angan aku kacau kamu kah?
biar kan aku dengan angan ku sendiri..
kerna dengan angan ku ini..
aku dapat tersenyum sendiri.
lepas bebas semua sendu dalam hati..

Comments

Popular posts from this blog

for a better life & environment care

caffein rush?

mimpi kabus..