mondaybiru

Semua orang tahu kalau monday blues neh. blues untuk memalas2 kan diri? atau blues meninggalkan weekend yang happening??

Bagi aku, mondaybiru aku sama jugak. cuma kemalasan untuk bangun pagi itu tiada lah. cuma setiba di pejabat menyetelkan perkara2 tertentu, mondaybiru aku pon menerpa. wah2.. ada lagak kena terkam dek mondaybiru neh. dush2.. elak kiri, elak kanan. konon!


Mondaybiru aku...
dimulakan dengan hujan dari malam semalam yang masih setia membasahi bumi Butterworth neh. suasana pagi pergh rasa redup saja. angin pagi lagi. rasa macam nak bergulung jek dalam comforter. guling..guling.. guling..guling.. senyap masuk alam mimpi...

Terus kan langkah kaki ke kerja. Office takde la jauh beno. ada la 5 minit kalo2 jalan tak jammed.

Start la mondaybiru aku..


Manakan tidak, kerja2 aku kena hold dulu sampai la aku ada isi2 penting untuk menyetelkan nya. segala yang sampingan sudah aku lunaskan. Alhamdulillah. Serabut dua perkara projek. Oh. sabar la hendak nya.

Apa lagik, blogwalking kembali! tetiba entah dari mana aura aku kutip. oh ya! blog mazidul. http://www.mazidulakmal.com/ tersentap dek kerana post beliau pasal Kamal Affandi Hashim yang memerlukan bantuan untuk penyakit AVM nye itu. sesungguh nya aku ingin sangat membantu beliau tapi apa yang aku ada hanya cukup untuk aku. yang mampu aku lakukan, mungkin share blog mazidul dan berharap sesiapa yang membaca boleh membantu.

Mondaybiru aku lagi..
kembali selak2 laman blog aku. kembali bace blog pujaan2 aku. kembali santap patah2 perkataan beribu2 makna..

kiranya Mondaybiru aku kali ini berisi dengan sesuatu.. hasil nya sebuah entri!




Comments

Popular posts from this blog

for a better life & environment care

caffein rush?

mimpi kabus..