Friday, July 29, 2011

kisah hati

hidup kembali lagik berputar pada paksi yang nyata.yang sama. masih lagi aku kembali cuba untuk kekal di alam dunia imaginasi aku..
dalam dunia aku.. hanya bersandarkan dinding keliling empat penjuru, aku hanya berada di tengah-tengahnya.. menatap siling dengan pandangan jauh.. terus lagik cuba untuk bawa diri aku tembus keluar sana..

kehidupan aku yang empat tahun telah berlalu.. betapa aku rindukan kehidupan itu.. bohong kalau kata aku tak menghargai kehidupan empat tahun lalu.. dalam itu aku mampu berdikari. aku bergantung pada aku.. semua berdasarkan keputusan aku.
aku gembira.. walaupon ada duka yang melanda aku, mampu aku pamer kan senyuman pada wajah aku..

kini.. kembali lagik aku dalam ruang empat petak ini.. sendiri. dalam gelap. bukan aku tak nak bukak lampu.. but aku lagik selesa dalam gelap.. boleh jadik sedara mara vampire kot aku neh.. ye la.. ciri2 tuh dah ada sikit.. umpama nya ... aku ada taring.. empat tak silap.. heeee..


dalam ruang empat dinding keliling.. aku kembali lagik setia menjadi penunggu.. anganan aku yang umpama fairy tales tak akan berlaku.. hidup aku bukan dalam fantasi.. hidup aku berpijak dalam alam yang nyata..aku hanya gadis yang hanya inginkan kebahagiaan dalam hidup aku... dalam hidup orang keliling aku..
huwaaaaaaaaaa.... jadik penanam anggur!!!!

biar aku seorang je yang tahu betapa aku hargai orang keliling aku.. orang yg pernah bagi aku kegembiraan, suka duka bersama.berkongsi cerita hidup dengan aku.. walau hadir mereka sekjap jek dalam hidup aku.. aku mengaku!!!! aku bukan jenis yang akan sms or call orang.. aku teringin nak buat gitu.. tapi aku takut.. aku takut! plus bukan la aku punye income yang tetap untuk membolehkan aku guna talipon aku neh sebaik mungkin.. t celcom yang kaya.. uhuhu..

mungkin dorang neh dah lupa kan aku.. aku hanya leh jadi stalker.. lihat dari jauh... bukan aku tak ambil berat.. aku selalu doakan dorang.. dalam doa2 aku ada mereka.. mungkin sebab tuh aku kembali dalam ruang empat dinding keliling neh.. tanpa teman nak bercerita..aku bercerita?! huuuuuu... tak reti aku tok cerita masalah yang aku ada dengan orang lain. yang aku mampu.. simpan sendiri.. aku tak mampu..

tak nak aku menyusahkan orang lain dengan masalah aku.. masalah aku,biar aku pendam sendiri.. biar lah aku yang susah dari aku susahkan orang.. sungguh!!! aku rela susah untuk orang lain.. tapi kadang aku terpikir.. ada tak orang yang nak susah kan diri dia tok aku.. untuk lihat aku gembira, senang hati.. susahkan diri die untuk tak nak lihat setitis air mata aku keluar.. ada.. tapi.. airmata aku keluar lagi.. huu.. dasar perempuan kan.. air mata tu untuk lepaskan semua tekanan dalam jiwa.. kalu aku tak keluarkan airmata tuh ibarat tade apa lagik dalam hati aku.. keras mcm batu bila jadi gitu...

kekadang.. jauh dalam sudut hati aku.. aku hanya ingin kan seorang adik perempuan yang mungkin boleh berkongsi masalah aku. menyokong aku dalam semua benda yang aku buat. tapi aku.. hanya lah anak perempuan tunggal.. tak bole aku mempersoalkan qada n qadar..

dalam hari2 aku... dalam waktu yang aku lalui.. betapa aku harapkan ada magik yang akan berlaku.. terpikir jugak aku.. mana perginya shazwani yang dulu tak takut langsung dengan dunia realiti.. shazwani yang buat apa yang die nak buat.. berani.kelakar.cool.selamba..

p/s:: dunia berputar.. masa bertambah... pantai jugak berubah dengan hadirnya sang ombak..


http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment