Monday, October 15, 2012

luar

situasi luar tak sama dengan yang dalam..
dalam kedap ruang apa yang aku tahu hanya pandang depan.
skrin lcd papar luar terus masuk dengan cctv.

apabila kena dok dalam opis..
huuu..bosan.
lalu lalang dalam dunia maya jek neh.
sambil2 bekerja.
kerja pulak, bila dah penting kelam kelibut macam singapura kena langgar todak jek gaya.
bila senang, runsing tak da keja nak buat. ngelamun ja..

okeyh!
cukup cerita pasal aku dan opis, dan keje aku.

luar dan dalam manusia itu memang beza.
luar manusia dari segi fizikal, perwatakan dan mungkin pembawakan.
dalam manusia pulak ada hati, akal & minda.
luar dan dalam manusia tak semua nya seiring.
aku seperti aku.
dan aku yakin kalian jugak punya luar dan dalam yang tidak seiring.

dunia realiti..
luar dan dalam manusia tidak akan pernah dan mungkin seiring.
YAKIN!! aku yakin.
sumpah!
dalam dunia sekarang neh manusia perlu hipokrit untuk terus langsung hidup
langsung hidup dengan cara ini.
kalau tidak, senang musnah la manusia2 ini.

kadang aku terfikir, berfikir seribu juta kali.
berdoa berharap manusia yang aku hari2 berurusan punya luar dan dalam yang baik.
tak perlu mengharap suci.
suci bagi aku dalam dunia sekarang sukar!
hari2 penuh debu dosa. tak kecil, besar.
aku pon hari2 buat dosa.
hari2 aku cuba kurangkan dosa. doa dan berharap untuk jauh dari dosa.
harap luar dan dalam aku selari
luar dan dalam aku perlu sama
perlu ada sama kewarasan

p/s: mencuba jadik lebih baek

No comments:

Post a Comment