title engineer kaya kah?
Nama: qwertyuiop bt asdfghjkl
Designation: Engineer
Dengan ada nama. terbit identiti orang itu sendiri kan.. kalau tak da nama.. aku pon tak tau la cam nak cerita sebab dalam dunia yang aku tahu neh, semua orang ada nama. ada yang unik, kreatif, common, dan macam2 lagi la gaya nama sesorang tuh. even bukan orang pon ada nama yek. contoh nye hantu2 pon ada nama macam pocong, langsuir, toyol dan pelbagai lagik la.
Berbalik ke arah asal, jalan yang benar....
Designation seseorang sebagai engineer, memang buat orang ramai pasti yakin bahwa engineer itu kaya. setujukah anda dengan pendapat ini?? pendapat korang semua mungkin dapat bantu aku faham situasi dunia.
kalo title profesional engineer aku percaya income mereka berganda2 banyak nya. tapi kalau bagi seorang manusia baru menjejak kaki sebagai junior engineer mana mungkin kaya. situasi sekarang, engineer akan membuatkan orang ramai mentafsirkan bahawa mereka itu kaya segi wang. Orang2 kampung masih di takuk lama pemikiran mereka. (orang kampung aku la) dunia sekarang junior engineer belum lagik kaya. sebab pelbagai benda di muka dunia neh perlukan duit. Even nak masuk tandas awam kena baya 30 sen okeyh!
Bagi aku yang pegang title neh. engineer cokia saja ya (cokia=low class) masih lagi main teka-teki dengan orang2 kampung sana yang yakin aku punya wang sentiasa. punya wang berkepok2 dalam bank. tak tahu aku sendiri berperang membayar itu ini setiap bulan bagi memastikan kesinambungan hidup aku bermakna di dunia ALLAH neh.
Perlukan bertahun2 pengalaman untuk jadi engineer berwibawa yang mungkin poket nya nanti berkepok2 berisi wang. time itu nanti aku akan peruntukkan sebahagian kepokkan wang aku itu untuk membantu keluarga aku dan insan2 yang memerlukan. Insyallah hendakNya.
Comments
Post a Comment