uuuuuuuuuuu... cakkk!
uuuuuu.. cakkk!!
Setelah berkurun lama tak menambah entry dalam blog ni akibat kekalutan duniawi... tertarik kembali nak menaip. meluahkan segala terpendam, kongsi ilmu, dan mencorakkan kembali dunia realiti dan fantasi aku.
Rasanya blog nih dah bersawang terlebih-lebih dengan bagai2 menatang yang tak sepatutnya ada.. untuk umum sudah setahun aku bekerja setelah tamat pengajian di UniMAP. Universiti Malaysia Perlis. tentu2 nya banyak pengalaman pahit dan manis aku di UniMAP neh. Entri akan datang akan aku khusus kan khas tok pengalaman aku di UniMAP. warna warni kehidupan seorang mahasiswi.
Dalam tahun 2012 neh, macam2 menda dah berlaku. yang paling besar dalam hidup aku tahun ini hari aku bertunang dengan incik boyfriend setelah 4 tahun lebih kami kenal. Officially i'm engaged! :))
Tahun ini jugak ramai kawan2 aku sudah upgrade status mereka dari CIK ke PUAN.. Alangkah seronok dan bahagia betul dapat join meraikan hari upgrade status mereka.. itu cerita lain untuk entri lain yea... UPGRADE STATUS!
Tahun 2012 neh jugak, adalah tahun aku di Pulau Pinang. Sudah masuk setahun lebih aku di Pulau Pinang. Area Butterworth okeyh. sebelah darat (seberang) bukan di pulau (georgetown). boleh dikira dengan jari berapa kali aku melintas jambatan ke pulau. mungkin itu boleh jadi entri aku yang lain.
Penduduk2 di Malaysia ini jugak bertambah dengan banyaknya pada tahun 2012. manakan tidak, ramai di kalangan kawan2 time sekolah menengah sudah beranak pinak. kecomelan anak2 mereka buatkan aku jeles! sesuai kiranya entri akan2 datang pasal penambahan penduduk Malaysia. POPULASI MALAYSIA BERTAMBAH DENGAN USAHA KAWAN2.. ahhaha.. agak keterlaluan mungkin bagi tajuk itu.
Dan ketika ini, masih lagi aku menaip laju. macam2 hendak aku terjemahkan dalam blog aku ini. terjemahan cara aku.mungkin gaya aku bukan untuk kamu2 suka. kepada yang suka terima kasih ya sebab sudi nak meluangkan masa baca corat-coret aku. kepada yang tidak, terima kasih jugak sebab sudi bagi page loading.. maaf jika tersalah penggunaan kata yang mungkin menyakitkan tanpa disedari. Mungkin dengan blog aku ini,aku dapat ceriakan hidup aku dan hidup yang lain2.
Akan kembali lagi.....
Comments
Post a Comment