buah oren

good day semua..

aku buat welcome back untuk diri sendiri.. 
gila berhabuk bersawang blog nih. lama gila kena tinggal. mana taknya dengan kerja dan pelbagai event di dalam hidup aku. 
aku ni nak share sikit sempena chinese new year yang berleluasa sekarang ni, aku isytiharkan kali ni saja aku dapat 3 buah kotak buah oren.. huwawawa... boleh buat jus mandi! 

sempena dengan tahun baru raya cina ni, pelbagai event dah jadi. untuk pertama kali setelah 2 bulan bergelar sebagai seorang isteri, aku dapat bercuti dengan suami aku untuk banyak hari (4 hari jek). okeyla daripada takde kan. itu pon kitorang pi KL  sebab nak tengok DORAEMON. sila lihat entryy seterusnya untuk kegilaan kami.

main thing untuk dia bercuti2 itu adalah kerana hubby aku ni telah membeli ekzos yang baru untuk menambah cantikkan motosikal beliau.. Motosikal beliau takdelah super supaya boleh digelar superbike. hanya sebuah bike berjenama FZ. setelah hubby dapat memegang ekzos berkenaan dimana sesudah selesai nya transaksi matawang ringgit Malaysia, terserlah lah cahaya kegumbiraan beliau.. hahaha.. (macam budak2 dapat cekelat). itu kejadian di sabtu malam. aku pulak dengan jayanya berjaya mengajak ke uptown Shah ALam. memborong aneka pin dan tudung.

Ahad pagi, berangkat untuk ke VIVAHOME. kan DORAEMON tengah tunggu dekat sana. kitorang laki bini memang gini. itu la jadinya apabila your BESTFRIEND is your HUBBY.. kitorang gi ngan kawan hubby aku.. kitorang lakibini memang excited gila. sesungguhnya kuciwa apabila masuk ke dalam expo itu.. ingatkan ada la DORAEMON yang bergerak2 pusing2 ke, alat2 yang reka tuh boleh hold dan main2 even bukan macam sebijik dalam kartun tuh. sungguh hampa. kalau korang semua nak tahu, kan time pergi tu chinese new year yang ke-3 hari, amatlah ramai nya geng2 mereka di expo itu. aku n hubby memang heran seheran herannya..."depa ni tak raya ka?? kita kalau raya mesti habis suma rumah sedara, sahabat handai yang kita ronda.. " gila lah ramai.

yang best sikit aku rasa la di expo yang berkenaan, aku dapat makan DORAYAKI. seumur hidup tak pernah makan DORAYAKI okeyh.. bila dah excited membeli, mesti la excited nak makan rasa DORAYAKI tuh.. snap pic sikit sebelum makan. konon jadi bukti dah makan. ada muka DORAEMON depan DORAYAKI tuh. first bite untuk makanan kesukaan kegilaan DORAEMON tuh aku terus cakap kat hubby aku "apalah yang sedap sangat DORAYAKI ni sampai jadi favourite gila2 DORAEMON tuh.. bese jek pon rasa macam makan pancake..." hahhaha.. memang tau itu pancake tapi ingatkan dia punya rasa tuh sampai nampak pelangi kat depan mata.. sekali rasa memang rasa macam mak2 yang dok selalu buat tu.. terus rasa hampa.. tapi tape, aku move on ke cappucino. atas tu dorang buat corak muka DORAEMON. snap pic lu!  then terus letak sugar, kacau~~ hirup2.. shhruupp.. shhhrrruupp... OMG!!! apala cappucino.. tak sedap langsung. baik tayah juaii.. beberapa hirup ja, ak sua kat hubby aku suh die yang habiskan.. rugi2.

untuk aku dan hubby aku, expo ini adalah sangat biasa sebiasa biasanya.. not worth for money.. tiket RM25 hanya untuk lihat patung2 berdiri dengan pose tertentu, dengan backdrop yang macam dalam kartun tuh. itu pendapat aku dan hubby aku la..

p/s: mengimabau kenangan masa kanak2 dahulu.. 

Comments

Popular posts from this blog

for a better life & environment care

caffein rush?

mimpi kabus..