Posts

Perempuan SULUNG.

Kalau kata tengokkan tajuk tu, YES, aku sulung. Kakak sulung dan satu-satunya anak perempuan dalam famili mama abah aku. Aku ada 3 adik lelaki. So, aku ni sebenarnya tak ada la sifat-sifat lembut seorang perempuan. Yang pasti hati aku ja lembut. Macam tisu. Kadang tengok kartun pun aku boleh nangis teresak-esak.  Aku dah kahwin.  Aku kahwin dengan lelaki bongsu.  Dilema hidup aku ni berat juga. Antara berbakti dengan orang tua dan taat dengan suami. Aku duduk jauh. Aku kalau belum kahwin lagi ni mau aku balik duduk dengan mama abah aku. Aku memang willing nak jaga.  Tapi aku ada suami yang perlu aku taat. Kalau kata sekali sekala suami aku memang akan lepaskan ja aku pergi jaga mama abah. Tak ada masalah. Kami memang boleh tolerate. Tolak ansur, kerjasama, sayang each other. Kadang cara aku tu buat dia rasa terabai. Padahal tak ada terlintas langsung aku nak abaikan dia. Aku cuma sayang sangat dengan mama abah aku.  Abah aku baik. Itu untuk aku yang memang HERO ...

Fav Marrybrown!

 Dah kenapa? Sebenarnya dah lama la tak makan Marrybrown ni. Lama gila. Tapi balik Perlis (kampung husband) order Panda je. Habis penuh semua restoran & tempat makan kat Perlis tu. That's why la kami order Marryborwn ja. Konon cepat lah. Rupanya Marrybrown pun ramai orang so order kami ni lambat la sampaii. Order pukul 8 tapi sampai pukul 10. Nampak tak? Ramai la rakyat Malaysia pergi ke Perlis weekend tu. Order Fish n Chips and Bubur. Lapar punya pasal sekejap ja licin. Jatuh cinta terus dengan Fish n Chips Marrybrown. Itulah repeat lagi.  Semalam, aku pun beli lagi Marrybrown. Tak lama lepas tu husband pulak balik bawa Marrybrown jugak.  Dah. Sudah!!!  Double order oiii...  Nah! Seminggu kot oii nak perabis ayam goreng & Fish n Chips nih. Ayam saja dah 14 ketul. 4 set Fish n Chips. ahahahahha.. Lepas ni mau berbulan-bulan pulak avoid makan. Manakan tidak seminggu menghadapnya.. oh! Yang macam best untuk kami laki bini ni, kitorang macam ada psikik bole...

Sehijau Warna Daun

Image
 Orang kata HIJAU tumbuh-tunbuhan ni pun salah satu  terapi. Dan sebab itulah sedang kita ada dalam situasi PKP/MCO ni aku dengan jayanya telah terjumpa dengan satu shop dekat shoppee yang jual pokok².  Setakat yang aku tengah bercerita ni dah 5 kali dah aku beli. Boleh nampak kan dari gambar yang pokok aku beli ni memang cantik kejadiannya. Diposkan dan selamat sampai ke aku tanpa ada cacat cela or tunggang terbalik kejadiannya.  Korang boleh check dekat shoppee.  https://shopee.com.my/87shikin?smtt=0.0.9  Ni link aku share. Dan korang boleh check dekat review orang lain yang dah beli. Memang ramai puas hati.  Aku nanti nak buat rumah aku penuh dengan pokok². Tumbuhan. Sebagai terapi diri dan juga for the good of environment. Nanti nanti aku akan share lagi pasal pokok aku yang ada kat rumah ni. 

Kembali Lagi.

Sekali Lagi..  Setelah sekian lama aku tak update. Tenggelam dek kerana kesibukan kerja dah hidup.  Last posting aku tahun 2015. Sekarang dah tahun 2021 dan dah nak 2 tahun lebih rasanya satu dunia dalam pandemik Covid-19 ni.  Dalam situasi pandemik yang memang dalam control movement ni yang perlu extra careful nak kemana sahaja, aku jadi lebih out of control dengan badan and minda aku. Minda penat, badan lagi lah.  Dengan segala benda yang berlaku ni aku rasa aku dah boleh mula balik dengan cara meluahkan dalam blog ni. Kehidupan perlu diteruskan walau dah burned out dengan pelbagai kerenah manusia dalam dunia ni.  Semoga kita semua bertabah lah dengan hari-hari mendatang. Aku doakan kita semua dalam lindungan Tuhan. Berharap agar pandemik yang JAHAT ni pergi jauh-jauh dan tak kembali lagi. 

Malam ahad

Sayu hatii.. Aku ja tahu suma ni. Aku bukan jenis yang mencanang ke sluruh pelosok negeri.. Yang aku tahu.. Allah lagi Maha Tahu.. Selamat malam.

Sentap

Dunia dan teknologi. Pisah? Mana mungkin Teknologi punca Punca sentapi. Bila dua Sorang Baik sorang ja!!

Dingin malam

Okay. Kalau malam pekat Gelap Kelam Sunyi... Tempias. Racik. Rintik. Titik. Titis. Hujan jengah lagi.. Hawa dingin angin Bawa semua sejukkan aku. Kerna malam pekat Hujan lebat. Aku sepi.

Blueberry cheese tart

Image

Kerja dan kerja lagi..

Image
Ini kerja meja aku. Meja kerja aku.  Berlonggok kerja memandangkan aku sorang ja yang dok menghandle bahagian technical n so on ni.. Tape. Pengalaman itu pengetahuan. Pengetahuan meluas melalui pengalaman. Memang perit pedih bila kerja sorang2. Tade la sorang kat office. Maksud aku bahagian kerja. Melihat kepada kepandaian aku, memang lah sangat kurang kebijaksanaan dalam membahagi masa.  Babe! Tangan aku ada dua ja. Otak aku ada satu. Itu pon dua belah beza2. Agak2 la..  Aku anggap ini ujian aku kat dunia.  Besok ada meeting. Mari lah berkerja dengan kuat. Hoyeaahhhh!!

Kembara majlis perkahwinan

Image
Hari minggu lalu.. Balik ipoh. Niat nak pergi kenduri member yang mengundang aku . Erlina & Fareez. Itu kembara aku yang sudah lama tak lalu singgah2 ke perak tengah dan merupakan kembara pertama hubby aku ke area tuh.. Dengan khidmat waze, kami pon memulakan journey untuk hari itu. Destination locked! TELUK INTAN. Yey! Sampai. Makan kenduri. Ucap selamat. Doa serba lengkap. Peluk cium. Bersalam bagai. Snap dua tiga puloh picture. Hahaha.. Baru lah kami lakibini angkat kaki untuk pulang. Destinasi yang dah berkira kira tadi adalah berjalan membawa incik hubby melihat landmark di area yang berkenaan. Oh yes! Menara Condong. Eifel Tower yang ada kat Malaysia. Pusing2. Snap situ. Snap sini. Panjat tangga lama. Perhati foto lama yang gantung sana yang gantung sini. Fahamkan sejarah. Kami pon bergerak. Ke arah destinasi yang lain. Bersambung.... Kaki aku n incik hubby. Inai ada lagikk uolsss.hehe.. Ni pasangan pengantin elina n fareez. Member sekelas universiti aku elina. Seka...

buah oren

good day semua.. aku buat welcome back untuk diri sendiri..  gila berhabuk bersawang blog nih. lama gila kena tinggal. mana taknya dengan kerja dan pelbagai event di dalam hidup aku.  aku ni nak share sikit sempena chinese new year yang berleluasa sekarang ni, aku isytiharkan kali ni saja aku dapat 3 buah kotak buah oren.. huwawawa... boleh buat jus mandi!  sempena dengan tahun baru raya cina ni, pelbagai event dah jadi. untuk pertama kali setelah 2 bulan bergelar sebagai seorang isteri, aku dapat bercuti dengan suami aku untuk banyak hari (4 hari jek). okeyla daripada takde kan. itu pon kitorang pi KL  sebab nak tengok DORAEMON. sila lihat entryy seterusnya untuk kegilaan kami. main thing untuk dia bercuti2 itu adalah kerana hubby aku ni telah membeli ekzos yang baru untuk menambah cantikkan motosikal beliau.. Motosikal beliau takdelah super supaya boleh digelar superbike. hanya sebuah bike berjenama FZ. setelah hubby dapat memegang ekzos berkenaan dim...

Melihat ke langit

Menulis sekali lagi. Melihat keliling. Suasana kelam. Gelap.gulita. Malam la katakan. Cuma disinari cahya lampu malam. Gembira nya aku hari ini, sebab ada sahabat sudi menjenguk walaupun tujuan utama bukan rumah aku.. Tapi aku rasa gembira. Hidup ini alangkah gembira kalau kawan2 dekat dgn aku. Itu lahhh hidup berjauhan. Aku rindu... Keluarga. Rumah aku. Hurmmmm... Berdiri di atas kaki sendiri.. Berjayakah aku? Tak tahu untuk aku huraikann.. Barbeque sebentar tadi.. Seronok. Sudah lama tidak berasakan ramai. Aku seronok beramai2. Aku perlukan aktiviti. Heee.. Lompat guling2 aku. Semoga ke depan ada lagi!!! Gila!! Tak.mauu.sendiri!

Sinar gumbira

Image
Kalau aku sendiri.. Suram.kelam.diam. Duduk aku. Diri aku. Lintang aku. Baring aku  cuma di temankan suara gadget keliling aku. Dalam rumah aku. Semalam, sabtu dan ahad.. Muncul sinar. Hari gumbira aku. Hari sosial aku. Hari aku bercumbu dengan keriangan aku.. Tatkala waktu itu, semua bebanan seakan hilang. Aku gumbira,ceria.. Pertemuan aku dengan dia kembali bersinar.. Pertemuan aku dengan mereka penuh warna warni.. Pertemuan aku dengan dunia kembali kilau,gemerlapan.. Seakan bintang menyuluh kan silau cahye mereka kepada aku.. Memandikan cahye merekaa..

Jimba ke pdg bsaq

Satu hari td aku puas berjalan2. Bercakap dgn banyak. Lega rasanya. Belanja untuk kali pertama dengan bebas. Tapi tetap ada qc. Quality control oleh incik tunang dan parzana. Heee.. Maklumlah. Ak ini ikut suka hati pala otak ak jek. Sememangnya kalo ramai2 mmg happening sgt. Perlu buat lg. Akan dtg,moga lg ramai rombongan pah bedah ke padang besaq!

pengalaman aku interview

baru beberapa hari lepas.. okeyh.. begitu banyak kah hari yang sudah lepas padahal baru semalam.. hari ini hari rabu dan semalam hari selasa. semalam selasa, baru saja selesai interview dengan SPA. kalau korang tatau SPA tu apa meh aku bagitau.. SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) setelah beberapa kali mengupdatekan borang SPA, baru kali ini aku dipanggil untuk temuduga. oh. ya! pengalaman baru aku okeyh. Manakan tidak, kerja aku sekarang ini hanya di temuduga melalui telefon. temuduga berhdapan hanya lah sempoi belaka. pergh!!! interview gomen neh cuak kot. berapa kali aku membuang buangan besar di SPA KL nuh.. ada orang tua2 kata, kalo membuang buangan besar neh.. akan datang ada rezeki lagik untuk pergi ke sana. Wallahualam.. hanya kata-kata saja. percaya atau tidak itu aku sendri tidak pasti. pagi. 520am sudah bangun. ayokk!! gila awal sejak habis study di universiti. heee.. subuh pukol 6. selesai semua, kami (aku, mama, mak jang ita) menuju ke KL. here ...

rambut

ini kisah rambut. kerinduan aku. ahhaha.. boleh jadi sebuah entri. sori. aku cuma nak lepaskan kerinduan aku. pada panjang rambut. sekarang. rambut pendek. geram punya pasal dengan hati kering singgah salon muka tak de perasaan minta potong pendek terus."boycut". ini suma geram punya pasal. balas dendam jalan jauh sama gatal kepala. oh! lama nya ambil masa nak panjang balik. ada cara cepat nak panjang kan rambut??? anybody? secret recipe? hoooo...

rasaku:untuk 3 hari

Image
baru selesai tengok filem untuk tiga hari. permulaan. pengakhiran yang best. permulaan yang buat aku nak kahwin cepat!! pengakhiran yang buat aku akan terus hargai cinta aku.. gelodak jiwa toi! suasana wedding yang boleh aku katakan ada dalam otak aku untuk wedding aku nanti. i mean suasana. bukan sebijik secelop dalam filem itu. kalo sebijik secelop dalam filem, mak aih.. budget aku memang lari jauh2. lepas kahwin nak kejar memang pengsan terus. filem neh ceritakan pasal jodoh. cinta, keluarga dan janji. senyumnya aku tika tengok afdlin shauki. terbayang2 incik tunang. hahahaha.. gila bayang sat. sedihnya aku bila aku tahu kenapa balkis hilang dari afin... geramnya aku tatkala idea afin untuk kahwin tiga hari.. oh!! aku taknak ada dalam cerita begini. sesungguh nya.. cerita bermula dari realiti hidup sesuatu filem bagi aku, ada di luar sana yang rasa sama seperti itu. dengan sebab itu terolah filem itu. cuma tokok tambah dalam filem menambah lagi 'kese...

luar

situasi luar tak sama dengan yang dalam.. dalam kedap ruang apa yang aku tahu hanya pandang depan. skrin lcd papar luar terus masuk dengan cctv. apabila kena dok dalam opis.. huuu..bosan. lalu lalang dalam dunia maya jek neh. sambil2 bekerja. kerja pulak, bila dah penting kelam kelibut macam singapura kena langgar todak jek gaya. bila senang, runsing tak da keja nak buat. ngelamun ja.. okeyh! cukup cerita pasal aku dan opis, dan keje aku. luar dan dalam manusia itu memang beza. luar manusia dari segi fizikal, perwatakan dan mungkin pembawakan. dalam manusia pulak ada hati, akal & minda. luar dan dalam manusia tak semua nya seiring. aku seperti aku. dan aku yakin kalian jugak punya luar dan dalam yang tidak seiring. dunia realiti.. luar dan dalam manusia tidak akan pernah dan mungkin seiring. YAKIN!! aku yakin. sumpah! dalam dunia sekarang neh manusia perlu hipokrit untuk terus langsung hidup langsung hidup dengan cara ini. kalau tidak, senang musnah la ma...

caffein rush?

gila kafein!! adrenaline rush itu mungkin dalam badan kalau semangat tengah meluap2 tentang sesuatu. naik syeikh? ahh.. bukan2! beza adrenaline dan kafein mungkin kalo dari segi senang bahasa kefahaman manusia sekarang ini tentu nya asal kewujudan benda itu sendiri. kalo ikut kes entri ini, tentu2 kafein dan adrenaline. ikut google adrenaline neh hormon dan neurotransmitter. punca dari proses otak. lain pulak bagi kafein neh, asal punca dari tumbuh-tumbuhan. alam semulajadi! cuma yang unik bagi kafein neh ia umpama dadah. pensimulasi. adakah betul perkataan itu? oh. ak cuma nak bagitau yang kafein neh stimulasi kan sesuatu dalam badan manusia. sebijik secontoh dadah. arghhh.. maafkan aku kalo aku cuba gambarkan kafein yakni kopi bagi kebanyakan nya itu dadah. tapi sungguh! aku ADDICTED! bukan drug addict. tapi CAFFEINE ADDICTED! sumpah!!! sambil angkat tangan sumpah tika taip patah2 perkataan. aku bukan tak pernah tingalkan kopi. kafein yang dadah bagi aku. pernah. cuma hidup...

jenjalan

petang ini. rasa hendak pergi berjalan2 sahaja. window shopping. poket kempis. huuuu.. mungkin aku patut matikan diri aku dalam bilik saja. jenjalan di dunia maya mungkin sudah. oh. alahai.. bosannya sensorang!!